Friday, 17 February 2012


Sejarah

Menurut keimanan umat Islam, Haram sheriff telah dibangunkan oleh malaikat sebelum kejadian manusia oleh Allah S.W.T. dan Allah mentasbihkan satu tempat sembahyang untuk mencerminkan al-Baytu l-Makmur, tempat para malaikat mengerjakan solat mereka. Umat Islam mempercayai bahawa Kaabah berada betul-betul di bawah "Arasy" atau Singgahsana Allah.
Kaabah pertama sekali dibina oleh Nabi Adam Alayhissalam.jpg dengan bantuan para malaikat. Kaabah sudah beberapa kali rosak ditimpa bencana dan pelbagai punca lain. Nabi Ibrahim Alayhissalam.jpg dengan bantuan anaknya, Nabi Ismail Alayhissalam.jpg, telah memperbaiki Kaabah, setelah diperintah oleh Allah S.W.T. untuk memperbaiki Kaabah dan membina masjid di sekitar Kaabah.
Imam Abul Hassan Mawardi meriwayatkan bahawa di zaman Rasulullah Saws.jpg sehinggalah ketika Saidina Abu Bakar r.a. diangkat menjadi Khalifah, Masjidil-Haram ini tidak mempunyai dinding. Perluasan Masjidil-Haram bermula pada tahun 638 Masihi oleh Saidina Umar ibn Khattab. Beliau telah membeli rumah-rumah di sekeliling Ka'abah dan diruntuhkan kesemuanya bagi tujuan perluasan. Perluasan Masjid diteruskan lagi oleh Saidina Usman ibn Affan pada kira-kira tahun 647 Masihi.
Pada tahun 696 Masihi, cucu Saidina Abu Bakar As Siddiq bernama Abdullah ibn Zubair telah memperluaskan kawasan masjid ini dengan membeli gedung-gedung yang terdapat di sebelah timur dan selatan Masjid. Sementara di bahagian utara dan barat pula telah diperluaskan oleh Zaid bin Abdullah al-Harisi dibawah perintah Abu Ja'afar al-Mansur, Khalifah Bani Abas kedua.
Orang-orang seperti Abdul Malik ibn Marwan,Umar, Al-Walid, Ziad bin Abdullah, Musaal-Mahdi, adalah antara mereka yang awal menghiasi masjid ini. Kalimah-kalimah al-Quran disulami dengan corak-corak Islam, batu-batu mamarnya telah diukir dengan indah dan tiang-tiangnya disalutkan emas.
Pada tahun 986 Masihi, Harun Ar-Rashid telah memasukkan gedung Dar An-Nadwah di sebelah utara ke dalam masjid dan membina pintu Bab Ibrahim di sebelah barat. Pintu besar Bab As-Salam telah diperbaiki pada tahun 1243 Masihi oleh Ali bin Umar dari Yaman.
Amir ZainalAbidin al-Usmani (1379 Masihi) telah mengutuskan Sudun Pasca mencantikkan pintu masjid dengan hiasan yang indah, memperbaiki atap dan pancuran air di Ka'abah. Pada tahun 1399 Masihi, suatu kebakaran besar telah berlaku pada Masjidil-Haram. Banyak bahagian telah musnah begitu juga dengan hasil kesenian yang indah-indah yang sukar dicari ganti. Amir Besar Az-Zahiri telah memperbaikinya pada tahun berikutnya dan selesai pada tahun 1401 Masihi.
Sultan Salim II (1572-1577 Masihi) telah memperbaharui dan memperkemaskan lagi Masjidil-Haram ini dengan memasukkan kubah dan relung-relung yang indah di dalamnya. Atas arahan Sinan Pasha dari Mesir, kerja-kerja pembinaan telah di usahakan oleh Ahmad Bey dan seorang jurutera bernama Muallim Muhammadal-Misri. Bila Sultan Salim meninggal dunia, anaknya Sultan Murad telah meneruskan pekerjaan bapanya sehingga selesai.
Reka bentuknya kekal dari zaman Umawi, Abbasiah hingga dilakukan perluasan kerajaan Arab Saudi. Mereka melihat Masjidil Haram bakal menampung pertambahan jumlah jemaah yang kian meningkat setiap tahun. Program perluasan kota itu bermula oleh Raja Abdul Aziz pada 1955. Ia menyaksikan keluasan bertambah dalam masa 20 tahun daripada 19,000 meter persegi kepada 160,000 meter persegi, hampir lapan kali ganda keluasan asalnya. Penambahan itu dibuat tanpa menjejaskan keaslian binaan asal dari zaman Turki.
Ruangan tawaf juga dibesarkan tiga kali ganda dari keluasan asal. Daun pintu Kaabah juga diganti baru, dilapisi emas tulen. Raja Fahd menambah kawasan sai dengan laluan bertutup berhawa dingin. Begitu juga laluan bertingkat dan jambatan bagi mengurangkan kesesakan ketika musim haji demi keselesaan umat Islam.
Selepas 13 tahun projek pembesaran Al-Haram siap, Raja Fahd melancarkan satu lagi projek pembesaran masjid ini. Pada 2 Safar 1409, projek ketiga perluasan Masjidil Haram oleh Kerajaan Saudi dirasmikan. Kos pembinaan bernilai 6.8 bilion Riyal Saudi dan melibatkan pertambahan masjid dan kompleks yang menempatkan kedai di barat Masjidil Haram iaitu di hadapan bab al-Umrah dan bab al-Malik.
Kini, di bawah pentadbiran Raja Abdullah Abdul Aziz As-Saud, Baginda merancang untuk membesarkan lagi Masjid Al-Haram.
Projek terbaru yang di laksanakan Baginda ialah membesarkan lorong Mas'a (tempat bersai) daripada 2 lorong kepada 4 lorong.
Kerja-kerja pembinaan telah bermula pada 2006, dengan mengambil sedikit dari bahagian dataran sembahyang di Bab As-Salam.

[sunting]Menara

Masjidil-Haram mempunyai menara-menara yang indah. Antaranya adalah Bab Al-Umrah yang didirikan oleh Khalifah al-Mansur dari Bani Abbas pada tahun 706 Masihi. Menara ini kemudiannya diperbaiki pada tahun 1172 Masihi dan sekali lagi pada tahun 1464 Masihi oleh Sultan Jukmuk sebelum ia musnah pada tahun 1552 Masihi. Sultan Sulaiman kemudiannya menggantikan dengan yang baru di atas tapak yang sama dengan mengekalkan nama asalnya.
Seterusnya pada tahun 789 Masihi, Khalifah Mahdi dari keturunan Abbasiyah, membangunkan menara Bab As-Salam dan kemudiannya beberapa menara lagi seperti menara Bab Ali dan menara Bab Al-Hazurah atau Bab Wida'.
Pada tahun 1392 Masihi Bab Al-Hazurah telah runtuh dan diperbaiki oleh Al-Asraf Sha'ban dari Mesir.
Pada tahun 905 Masihi, KhalifahAl-Mu'tadhid dari Bani Abbas membangunkan menara Bab Az-Ziadah dan di perbaiki oleh Asraf Baresbai pada tahun 1447 M. Kait Bait pula membangunkan menara Kait Bait kira-kira tahun 1501 Masihi. Kemudiannya Menara As-Sulaimaniah juga telah dibangunkan.
Selepas kerja-kerja pembesaran di lakukan oleh Penjaga Dua Masjid Suci Pertama, Raja Fahd Abdul Aziz As-Saud, Masjidil Haram mempunyai sembilan menara.
Kesemua menara ini akan kelihatan bercahaya pada waktu malam kerana di terangi lampu-lampu dan membuatkan Masjidil Haram kelihatan sangat cantik.
Menara paling baru yang di didirikan ialah di Bab Al-Malik Fahd (Pintu Raja Fahd) yang berhadapan hotel Darul Tawhid, salah satu hotel 5 bintang di Mekah.
Kawasan masuk Bab Al-Malik Fahd juga kini lengkap berhawa dingin.
Masjidil Haram masih mengekalkan satu menara tunggal di Bab As-Safa.
Semua menara lain didirikan secara "berpasangan", kecuali menara tunggal di Bab As-Safa.
Azan yang di kumandangkan 5 kali sehari dari menara-menara ini antara yang mendominasi ruang udara Kota Mekah setiap kali masuk waktu sembahyang.

[sunting]Kepentingan Masjidil Haram

[sunting]Kiblat

Masjidil Haram dijadikan Allah sebagai kiblat. Firman-Nya,
"sungguh Kami akan memalingkan kamu kepada kiblat yang kamu berpuas hati. Maka palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram; dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya. Orang-orang yang diberi al-Kitab mengetahui bahawa itu adalah yang benar daripada Pemelihara mereka" (2:144).
Arahan supaya memalingkan muka ke arah Masjidil Haram telah disebut dua kali di situ. Ia disebut lagi sebanyak tiga kali di dalam al-Qur'an. Satu daripadanya di dalam ayat berikut, yang turut menyatakan ia adalah yang benar daripada Tuhan. Firman-Nya,
"Dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram; ia adalah yang benar daripada Pemelihara kamu, dan Allah tidak lalai daripada apa yang kamu buat." (2:149)
"Dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram, dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya," (2:150).

[sunting]Diharamkan Untuk Menumpahkan Darah

Seterusnya, Masjidil Haram menjadi tempat yang diharamkan untuk menumpahkan darah. Musuh iaitu orang-orang yang tidak percaya tidak diperangi di sana melainkan mereka memerangi. Firman Tuhan,
"Janganlah memerangi mereka di Masjidil Haram sehingga mereka memerangi kamu di dalamnya. Kemudian, jika mereka memerangi kamu, bunuhlah mereka. Itulah balasan ke atas orang-orang yang tidak percaya." (2:191)

[sunting]Haji

Mengerjakan Haji adalah satu rukun Islam. Sebahagian daripada Rukun haji perlu dilakukan dalam kawasan Masjidil Haram, iaitu
  • Tawaf Ifadhah, ialah mengelilingi ka'bah sebanyak 7 kali Bermula pada sudut Al-Hajarul Aswad menjadikan Baitullah di sebelah kiri dan berjalan ke hadapan. Jemaah hendaklah berjalan bertujuan Tawaf, bukan bertujuan lain, jika bertukar tujuan, tidak dikira sebagai tawaf. tawaf hendaklah Dilakukan dalam Masjidil Haram dan di luar dari Hijir Ismail/Syazarwan.
  • Sa'i. Sa'ie antara Safa dan Marwah adalah salah satu rukun dari rukun-rukun haji dan umrah. Apabila seseorang menengerjakan haji tidak mengerjakan sa'ie antara kedua bukit ini, batal hajinya.

[sunting]Umrah

[sunting]Terdapat di Dalam Kawasan Masjidil Haram

[sunting]Makam Ibrahim

Makam Ibrahim bukanlah tempat perkuburan Nabi Ibrahim Alayhissalam.jpg sebagaimana pendapat kebanyakan orang. Ia adalah merupakan bangunan kecil di sebelah timur Kaabah. Di dalam bangunan kecil ini terdapat sebiji batu yang diturunkan oleh Allah dari syurga bersama-sama dengan Hajarul Aswad. Di atas batu itu Nabi Ibrahim Alayhissalam.jpg berdiri di waktu baginda membangunkan Kaabah dan puteranya Nabi Ismail Alayhissalam.jpg memberikan batu kepadanya. Batu itu dipelihara Allah, sekarang ini sudah ditutup dengan perak. Bekas kedua tapak kaki Nabi Ibrahim panjangnya 27 cm, lintangnya 14 cm dan dalamnya 10 cm masih nampak dan jelas dilihat.

[sunting]Hajarul Aswad

Hajarul Aswad terletak di penjuru keempat Kaabah. Umat Islam percaya Hajarul Aswad telah diturunkan daripada syurga dan telah bertukar menjadi hitam oleh sebab kejahatan manusia. Menurut sejarah, Hajarul Aswad diturunkan oleh Allah dari langit ke atas Jabal Qubais. Ia merupakan sebiji permata putih yang lebih putih dari salji tetapi lama - kelamaan menjadi hitam disebabkan oleh dosa-dosa orang-orang Musyrik.
Kalau tidak kerana sentuhan tersebut nescaya cahayanya menerangi antara timur dan barat. Ini diterangkan dari hadis Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud: Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah Saws.jpg bersabda :" Hajarul Aswad diturunkan dari syurga dan berwarna lebih putih dari susu. Dosa-dosa manusia (anak Adam) menyebabkannya menjadi hitam " . Riwayat Ahmad dan Turmizi

[sunting]Hijir Ismail

Hijir Ismail merupakan pagar batu berlingkar 1.5 meter dan terletak berhampiran dengan Kaabah. Ia dibangunkan oleh Nabi Ibrahim sewaktu baginda membangunkan Kaabah. Hijir Ismail pada mulanya merupakan pagar batu yang sederhana sahaja. Kemudian Khalifah, Sultan dan Raja berkuasa memecahkan dan membangunkan semula pagar batu itu dengan batumarmar.
Berdasarkan kepada sabda Rasulullah Saws.jpg, sebahagian dari Hijir Ismail itu adalah termasuk dalam Kaabah. Ini diriwayatkan oleh Abu Daud dari 'Aisyah r.a. yang bermaksud, 'Dari 'Aisyah r.a. katanya; "Aku sangat ingin memasuki Kaabah untuk melakukan sembahyang di dalamnya. Rasulullah Saws.jpg memegang tanganku dan memasukkan aku ke dalam Hijir Ismail sambil berkata " Sembahyanglah kamu di Hijir jika kamu hendak masuk ke dalam Kaabah kerana kaum engkau (orang Quraisy) telah meninggalkan bahagian ini di luar semasa mereka membina semula Kaabah".
Orang yang telah mengerjakan tawaf disunatkan mengerjakan sembahyang sunat dua rakaat di Hijir Ismail selepas berdoa dan mengerjakan solat sunat di Maqam Ibrahim.

[sunting]Telaga Zam Zam

Air zam-zam mempunyai keistimewaan dan keberkatan kerana boleh menyembuhkan penyakit, menghilangkan dahaga serta mengenyangkan perut yang lapar. Keistimewaan dan keberkatan itu di sebut dalam sepotong hadis Nabi yang bermaksud:, " Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: "sebaik-baik air di muka bumi ialah air zam-zam, ia merupakan makanan yang mengenyangkan dan penawar bagi penyakit ". Riwayat - At Tabrani dan Ibnu Hibban.
Kawasan telaga Zam-zam kini telah ditutup oleh pihak berkuasa Arab Saudi.
Fail:Makkah0017.jpg

ISU-ISU HUDUD-BAB QAZAF

Firman Allah yang bermaksud, "Dan sesungguhnya orang-orang yang zolim, sebahagian mereka adalah penolong kepada sebahagian yang lain. Dan Allah Ta`ala itu adalah penolong kepada orang-orang yang bertaqwa kepada Allah swt." (Surah al-Jaatsiyah:19)
Muslimin muslimat rahimmakumullah. Cuba kita tengok macamana dalam ayat di atas ini Allah swt menggunakan istilah "orang-orang yang zolim". Ini adalah satu istilah yang umum. Maknanya dalam "orang-orang yang zolim" itu ada orang-orang kafir, ada golongan munafik dan ada orang Islam yang fasik. Bila kita tahu siapa dia yang dikatakan "orang-orang yang zolim" itu, cuba kita lihat pula apa Allah kata pada ayat seterusnya. Kata Allah, "Mereka ini adalah sebagai penolong kepada sebahagian yang lain..."...Inilah dia satu firman daripada Allah swt untuk menceritakan kepada kita bahwa orang-orang yang zolim ini adalah terdiri daripada satu millah (satu landasan). Tak kiralah samada mereka yahudi, atau kristian, atau orang munafik, atau orang Islam yang jahat; kesemua mereka ini berada dalam satu landasan yang sama. Dalam lain perkataan, puak-puak ini akan saling tolong menolong diantara satu sama lain.
Baik sekarang mari kita lihat adakah benar apa yang dinyatakan oleh Allah Ta`ala dalam Surah al-Jaatsiyah tadi bahwa orang-orang zolim ini adalah daripada satu millah?...Cuba kita lihat apa yang berlaku di seluruh dunia bila tercetusnya isu terbaru di Palestin?...Kita dipertontonkan sendiri melalui media massa bagaimana ribuan rakyat Yaman yang keluar ke jalan-jalan raya untuk menunjuk perasaan kerana ketidakpuasan hati mereka dalam isu ini. Tiba-tiba mereka ditembak oleh polis Yaman sendiri, sehingga menyebabkan ada yang terbunuh. Begitu juga yang berlaku di sekitar negara-negara Arab seperti Jordan, Mesir dan sebagainya, yang rakyat mereka keluar tunjuk perasaan di hadapan kedutaan Israel, tapi tiba-tiba kerajaan mereka sendiri yang menghalang rakyatnya daripada menunjuk perasaan sehingga mengakibatkan beberapa orang terbunuh ditangan polis negara mereka sendiri. Sepatutnya rakyat dan kerajaan yang sama-sama beragama Islam ini, sama-sama marah kepada yahudi. Tapi apa yang kita lihat ialah sebaliknya. Rakyat yang ingin menyatakan kemarahan mereka ke atas kezoliman yahudi ini, tiba-tiba terpaksa menghadapi muncung-muncung senapang anggota polis negara mereka sendiri. Ini adalah satu kezoliman.
Sekarang kita tengok pulak apa yang berlaku semasa tunjuk perasaan dalam negara kita sendiri pada Jumaat lalu. Kita diberitakan situasi tidaklah seburuk di timur tengah. Tetapi walaupun begitu, bila ada sahabat cuba membakar bendera Amerika dan bendera yahudi di hadapan kedutaan Amerika, pihak polis dengan segera mengambil tindakan merampas bendera-bendera tersebut sebelum dibakar. Cuba bagitau kat kami wahai sahabat dalam Polis; sebab apa tak boleh bakar bendera Amerika/yahudi laknatullah itu sedangkan kita sama-sama Islam?...Apa kena mengena hangpa dengan Amerika/yahudi tu?...Bukankah negara kita sekarang adalah negara Islam?...Kenapa perkara sebegini boleh berlaku?...Jadi inilah satu perkara yang amat-amat menyedihkan kita. Dan inilah sebabnya Allah kata bahwa orang-orang yang zolim ini adalah satu millah. Maka dengan ini, sekaligus membenarkan tanggapan kita bahwa kesemua mereka ini yang terdiri daripada orang yahudi, orang kristian, orang munafik dan orang Islam sendiri yang menentang agama Allah, adalah terdiri daripada satu millah (satu agama). Mereka akan saling tolong menolong diantara mereka.
Dan inilah juga yang sedang berlaku dalam negara kita. Contohnya tak jauh tuan-tuan. Kat Penang Port aja. Cuba tuan-tuan tengok apa yang berlaku di Pelabuhan P.Pinang apabila kapalperang US Vessel masuk baru-baru ni?...Berapa banyak kapal-kapal perdagangan ketika itu tidak dibenarkan masuk dalam pelabuhan selagi kapal perang tersebut berada di situ?...Pasai apa jadi lagu ni?...Ini adalah kerana permintaan daripada pihak Amerika, meminta supaya segala kegiatan perdagangan daripada kapal-kapal perdagangan dihentikan. Jadi, mana-mana kapal yang bawa ikan tuna dan sebagainya, terpaksa tunggu dulu di luar perairan. Bila kapal perang ni keluaq, baru kapal-kapal lain boleh masuk. Benda ni berlaku depan mata kita, tuan-tuan. Kenapa kapalperang Amerika itu dijamin keselamatannya begitu sekali di pelabuhan P.Pinang?...Sedangkan kita tahu bahwa kerajaan M`sia telah diisytiharkan sebagai sebuah k`jaan Islam. Tak tahukah pemimpin k`jaan Islam kita bahwa Amerikalah yang membekalkan helicopter Apache kepada tentera yahudi untuk membunuh anggota Hamas?...Di manakah semangat saudara seagama kita?...Jadi sebenarnya apa yang kita lihat di dada-dada akhbar tentang kenyataan-kenyataan dari pemimpin-pemimpin k`jaan Islam kita yang kononnya bersimpati dengan rakyat Palestin itu pada hakikatnya, hanyalah pura-pura belaka sahaja tuan-tuan. Sebab apa kita kata lagu tu?...Sebab walaupun berdegar-degar pemimpin negara kita mengutuk tindakan ganas yahudi, tapi dalam masa yang sama, pembekal utama senjata kepada yahudi pengganas itu pula mendapat layanan yang exclusive di Pelabuhan P.Pinang.
Sepatutnya pemimpin-pemimpin negara kita mau ambik iktibar dari peristiwa Perang Khaibar di zaman Rasulullah saw dulu. Apa yang berlaku semasa perang Khaibar?...Dalam peperangan inilah Nabi saw menghantar 1400 orang tenteranya bertembung solid dengan puak-puak yahudi, yang akhirnya mengakibatkan yahudi dibunuh, dikalahkan dan dimalukan. Sebab itu, hari ini apabila berlakunya tunjuk perasaan di Palestin, pejuang-pejuang Hamas dan umat Islam Palestin akan mengangkat sepanduk untuk ditunjukkan kepada k`jaan yahudi dengan slogan yang tertulis "Ingatlah kepada Khaibar! Tentera Muhammad akan kembali!". Ini adalah sebagai peringatan kepada yahudi bagaimana kekalahan yang menghinakan mereka berlaku 1400 tahun dahulu.
Dalam perang Khaibar inilah juga, Allah tunjuk kepada kita macamana orang munafik berperanan. Ketika tentera Islam bergerak menuju ke Khaibar, bapa munafik (Abdullah bin Ubai) yang berada di Madinah berasa tak senang duduk, sehingga dia mengambil keputusan menghantar utusannya ke Khaibar untuk memberitahu kepada yahudi bahwa Nabi saw sedang bergerak dengan kekuatan tentera seramai 1400 orang untuk mengalahkan yahudi di Khaibar. Inilah dia perangai munafik. Hari ini tuan-tuan, kita boleh tengok dengan mata kepala kita sendiri macamana perangai yang serupa seperti Abdullah bin Ubai ini ada dalam negara kita. Ketika umat Islam Palestin dibunuh di bumi para ambiya`, pemimpin negara Islam kita boleh jemput pemain-pemain kriket yahudi main friendly game di sini. Kemudian bila ada orang Islam tunjuk perasaan marah dengan kedatangan pasukan kriket yahudi di sini, orang-orang Islam itu pula yang dipukul. Nampak tak tuan-tuan, sebijiknya perangai pemimpin negara Islam kita dengan perangai Abdullah bin Ubai. Walaupun Abdullah bin Ubai kata dia beriman dengan Nabi Muhammad saw, tapi dalam masa yang sama, dia bersimpati dengan yahudi di Khaibar. Dia tak mau lihat yahudi di Khaibar itu dikalahkan oleh tentera Muhammad saw. Sebab itu tuan-tuan sekelian, dalam keadaan umat Islam ditindas mutakhir ini, kita kena tanya diri sendiri; adakah kita ni benar-benar Islam ataupun munafik?...Kalau beginilah tindakan kita, iaitu dengan yahudi kita boleh berlembut, dengan Amerika kita boleh bagi privilege kat pelabuhan kita; tapi dengan rakyat kita sendiri yang beragama Islam, kita pukoi dan ISAkan mereka, maka dimanakah sifat keIslaman kita?...Dimanakah kesensitivitian kita sebagai seorang Islam?
Semasa persidangan OIC di KL itu sendiri, kita boleh lihat macamana dalam keadaan semua negara Islam tengah dok geram kat yahudi, tiba-tiba bangkit bapak barua kita mengatakan bahwa suicide bomber yang dilakukan oleh beberapa orang pemuda dan pemudi Palestin itu adalah satu contoh keganasan yang sama seperti apa yang dilakukan oleh pengganas Tamil Elam di Sri Lanka. Nampak tak tuan-tuan macamana orang yang sebenarnya apa benda pun dia tak tau, tapi dia nak tunjuk champion jugak dalam hal ni. Sebab apa kita kata si bapak barua ni apa benda pun tak tau?...Sebab semua ulama` yang muktabar seperti Dr Yusof al-Qardhawi, Sheikh Tantawi, Dr Ramadhan al-Buti dan ramai ulama`-ulama` yang lain, telah bersepakat mengatakan bahwa para pejuang berani mati itu adalah syahid; tapi tiba-tiba sheikh putrajaya kita ni kata depa ni mati katak...Apa punya turrr la barua Amerika sekoq ni!!!...Bila mereka diisytiharkan syahid, maka jenazah para syuhadah di bumi Palestin ini tidak boleh dimandikan, supaya darah dan cebisan daging mereka kelak menjadi saksi di hadapan Allah swt di atas jihad yang mereka lakukan.
Muslimin muslimat sekelian. Apakah sebab kita ini Melayu, maka kita tak mau tolong bangsa Palestin pada hari ini?...Apakah kita sudah lupa siapa itu Sallahudin al-Ayyubi?...Adakah Sallahudin al-Ayyubi itu seorang bangsa Arab?...Bukan...Adakah Sallahudin al-Ayyubi itu bangsa Palestin?...Bukan juga. Sallahudin al-Ayyubi adalah seorang bangsa Kurdish yang tidak ada kena mengena dengan bangsa Palestin. Tapi disebabkan dia beragama Islam dan beriman kepada Allah swt, maka dengan kudrat yang Allah bagi padanya, dia telah memimpin tentera-tentera Islam membebaskan Baitul Maqdis daripada cengkaman tentera salibiyah. Inilah yang dilakukan oleh Sallahudin al-Ayyubi walaupun Palestin itu bukan bangsa dia. Jadi, kita orang Melayu pada hari ini, kenapa tidak mahu mencontohi Sallahudin al-Ayyubi bagi membebaskan bumi para ambiya` itu dari cengkaman yahudi?...Bukankah kita bangga dengan slogan M`sia boleh?...Tapi pasai apa bila mai tang isu ni, dia jadi M`sia "tak boleh" pulak?...
Bukan pasai apa tuan-tuan; sebab hari ini bangsa Arab tidak lagi boleh diharapkan. Mereka adalah bangsa yang mengkhianati bangsa Palestin. Di mulut saja depa kata yahudi ganas, yahudi zolim, tapi hakikatnya mereka sendiri menyokong yahudi menjajah bangsa Palestin. Pasai apa kita kata lagu tu?...Cuba pi tanya Jordan; untuk apa dibiarkan kedutaan Israel dibuka di Jordan?...Kenapa Mesir mengadakan perjanjian damai dengan yahudi dan sekaligus membuka kedutaan Israel dalam negara Mesir?...Inilah yang menunjukkan bahwa mereka mengikhtiraf negara haram yahudi itu. Sedangkan perkara seperti ini dilarang oleh agama. Kita juga melihat bagaimana Jordan mengambil langkah menutup sempadan dengan Palestin, tak bagi pemuda-pemuda dia daripada menyeberangi sempadan untuk menolong umat Islam di Palestin menentang yahudi. Inilah satu perkara yang amat menyedihkan kita, tuan-tuan sekelian. Awat tak sedihnye?...Kita telah lihat dengan mata kepala kita sendiri bagaimana bangsa Arab itu sendiri telah mengkhianati bangsa Palestin. Sebab itu kita kena bagitau sekali lagi bahwa kita kena mengulangi sejarah Sallahudin al-Ayyubi, sebab bangsa Arab sudah tidak boleh lagi diharapkan untuk membebaskan Palestin. Walaupun kita tak nafikan memang ada sebahagian bangsa Arab yang ikhlas dan jujur kepada Allah swt bagi mempertahankan Islam, tapi dalam isu Palestin ini, kita memerlukan lebih daripada itu. Iaitu kita memerlukan kepada perpaduan daripada bangsa-bangsa lain yang sama-sama beriman kepada Allah swt.
Okay berbalik kita kepada peristiwa Perang Khaibar tadi. Selepas yahudi dikalahkan oleh Nabi saw dalam Perang Khaibar, maka di sinilah bermulanya kehinaan pada bangsa yahudi. Dan dari peristiwa inilah juga kita lihat bagaimana penamatan riwayat yahudi daripada tinggal di bumi Hijaz; yakni bumi yang diharamkan oleh Allah swt daripada manusia-manusia yang tidak beriman kepada Allah swt. Dan sekarang ini kita boleh lihat bagaimana orang-orang yahudi kembali merancang tindakan mereka untuk mengembalikan maruah mereka yang selama ini mereka anggap telah dihina oleh manusia seluruh dunia. Tapi yang sedihnya tuan-tuan, walaupun semua orang Islam tahu akan perancangan yahudi ini, tapi mereka tidak sanggup untuk bangun menentang yahudi yang dilaknat oleh Allah swt itu.
Sekarang kita lihat bagaimana dunia Islam ditekan sana sini. Tak cukup dengan isu yahudi, mai pulak isu orang-orang Islam sendiri menghina Nabi saw, golongan para ulama dan para pejuang agama Allah swt. Contohnya, cuba kita tengok baru-baru ni apabila TG kita kata, "Kalau kita rasa kita samseng, maka ketahuilah bahwa Tuhan lagi samseng. Dan kalau kita rasa kita jahat, maka Tuhan lagi jahat."...Bila keluar saja kenyataan sedemikian, maka berbunyilah barua-barua kononnya inilah peluang untuk mereka menghentam balik TG. Tapi mereka tak sedar bahwa kenyataan balas mereka itu, telah memakan diri mereka sendiri. Kejahilan mereka terserlah bila saja mereka buka mulut masing-masing. Kerana terlalu mengikut nafsu, ulasan mereka langsung tak berpandukan kepada usul fekah, mereka lupa akan maajazi dan sebagainya. Ataupun mereka sendiri tak faham akan hukum-hukum tadi, tapi nak cuba ulas juga perkara yang difahami oleh seorang yang faham tentang agama. Ada antara mereka kata,"Inilah ucapan yang tak sepatutnya keluar daripada orang yang belajar agama!"...Nampak tak tuan-tuan, sama saja puak-puak karat ni punya modai. Saya sendiri entah berapa kali ditanya dengan persoalan ini. Sedangkan kalau kita belajar agama, kita akan dapati ucapan yang dikeluarkan oleh TG itu, tidak ada salahnya. Sebab memang dalam al-Quran ada ayat-ayat tertentu yang boleh kita relate dengan kenyataan TG tu. Antaranya cuba tuan-tuan tengok dalam Surah Ali Imran:54, Allah kata, "...orang kapir buat tipu daya. Allah Ta`ala juga buat tipu daya. Tetapi tipu daya Allah Ta`alallah yang lebih baik."...Ayat ini mengisahkan semasa kaum Bani Israil sedang hambat dan nak membunuh Nabi Isa as, masa itulah juga Allah angkat Nabi Isa as naik ke langit dan digantikanNya tempat Nabi Isa dengan orang lain. Jadi, bila kaum Bani Israil bunuh pengganti Nabi Isa itu, maka mereka percaya bahwa mereka telah berjaya membunuh Nabi Isa as. Sedangkan sebenarnya orang itu bukan Nabi Isa. Inilah yang dikatakan tipu daya Allah keatas Bani Israil. Kita kena faham ayat ni betul-betul. Bila Allah kata Allah buat tipu daya, adakah Allah tipu kita?...Dia suruh kita buat baik atas dunia dengan janji masuk syurga di akhirat, tiba-tiba bila kita mati, semua masuk neraka belaka. Lalu bila kita tanya, "Ya Allah, pasai apa aku masuk neraka?"...Allah kata, "Hangpa semua kena tipu dengan Aku!"...Adakah itu maksud ayat tersebut?...Tidak tuan-tuan. Bukan maksudNya begitu walaupun ayat tu kata Allah buat tipu daya. Maksud "Allah buat tipu daya" dalam ayat ini ialah tipu daya orang kapiaq yang dok hambat Nabi Isa itu diatasi oleh Allah swt. Itu maksudNya. Sebab itu, terus terang saya kata bahwa orang yang komen tentang kenyataan yang dikeluarkan TG itu adalah orang yang jahil tentang agama. Sebenarnya pengampu-pengampu umno ni bukan tau apa pun. Tafsir Quran pun ikut sedap akai depa saja, usul fekah pun tak belajaq; tapi sombong angkuh nak bercakap tentang agama jugak.

UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM


UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM

Oleh Muhammad  Fathi Yusof

Jenayah dalam bahasa Arab disebut dengan perkataan al-Jinayah atau al-Jarimah. Perkataan al-Jinayah ditakrifkan sebagai segala bentuk tindakan yang dilarang dan merosakkan, samada tindakan itu ke atas badan, harta atau sebagainya. Al-Mawardi mentakrifkan jenayah sebagai segala bentuk kesalahan menurut Syariah yang boleh dihukum berdasarkan hukum Allah samada ia adalah qisas, hudud atau ta’zir.[1] Takrif ini cuba membezakan kesalahan yang boleh dihukum dengan kesalahan yang tidak boleh dihukum oleh pemerintah. Ini menjadikan skop jenayah adalah besar kerana semua kesalahan yang boleh dihukum oleh pemerintah menurut syara’ dianggap sebagai jenayah.

Islam menganggap jenayah satu kesalahan yang mesti dihukum kerana ia melanggar hak Allah dan hak manusia atau makhluk lain. Islam memandang tinggi kemuliaan agama, nyawa, akal, harta dan maruah. Pencabulan kepada lima perkara ini adalah jenayah yang perlu dihukum. Untuk menjadikan sesuatu tindakan itu dianggap jenayah, ia perlu memenuhi elemen-elemen berikut:[2]
a.     Elemen perundangan iaitu peruntukan yang jelas melarang tindakan jenayah itu dan menjadikannya sebagai kesalahan yang boleh dihukum.
b.    Elemen tindakan iaitu melakukan tindakan yang menjadi kesalahan itu
c.     Elemen kelayakan iaitu melihat kepada umur, keupayaan, dan tanggungan penjenayah berkenaan

Undang-undang Islam membahagikan jenayah kepada tiga pembahagian utama berasaskan kepada hukuman yang dikuatkuasakan, iaitu seperti berikut:
a.     Qisas dan diyat iaitu hukuman berkaitan dengan hak individu mangsa atau walinya. Umpamanya setelah hakim mendapati seseorang itu bersalah kerana membunuh, wali mereka boleh memilih samada untuk meneruskan hukuman qisas atau menggantikannya dengan diyat atau memaafkannya.
b.    Hudud iaitu hukuman yang berkaitan dengan hak Allah yang telah ditetapkan dengan jelas di dalam al-Quran dan Sunnah. Hudud melibatkan kesalahan zina, qazaf, mencuri, hirabah, minum arak, dan murtad. Hukuman hudud ini kekal dan tidak boleh diubah sehingga hari kiamat.
c.     Ta’zir iaitu hukuman selain dari hudud dan qisas. Hukuman bagi kesalahan dibawah qisas ini ditentukan oleh pemerintah atau hakim sesuai dengan suasana, penjenayah, kesalahan dan faktor lain.

Berikut adalah perbincangan secara mendalam bagi setiap pembahagian jenayah seperti yang telah disebutkan

6.7.1       Qisas dan diyat

Qisas bermaksud pembalasan yang serupa atas kejahatan yang dilakukan oleh penjenayah. Contohnya, bagi kesalahan bunuh dibalas dengan hukuman mati, bagi kesalahan membutakan mata dibalas dengan hukuman membutakan mata dan seumpamanya. Qisas berlaku dalam kes pembunuhan dan kes kecederaan atas anggota badan

Pembunuhan (al-qatl)

Hukuman qisas bagi kes pembunuhan adalah berasaskan firman Allah:

      Terjemahan: Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu qisas dalam kes pembunuhan, iaitu orang merdeka dengan orang merdekan, hamba dengan hamba, wanita dengan wanita. Maka sesiapa yang mendapat pengampunan dari sudaranya hendakla9yang memaafkan) mengikuti dengan cara yang baik dan hendaklah (yang dimaafkan) membayar (diat) kepada yang memberi maaf dengan baik juga. Yang demikian itu satu keringanan dari Tuhan kamu dan satu rahmat, sesiapa yang melampaui batas selepas itu , maka baginya seksaan yang amat pedih. Dan pada Qisas itu ada (jaminan penerusan) hidup, hai orang-orang yang berakal, supaya kamu bertaqwa.[3]

Kebanyakan ulama membahagikan pembunuhan kepada tiga iaitu pembunuhan dengan sengaja (qatl ‘amd), pembunuhan serupa sengaja (qatl syibhu ‘amd) dan pembunuhan tidak sengaja (qatl khata’). Setiap jenis pembunuhan ini dihukum dengan hukuman yang berbeza.

1.         Pembunuhan sengaja (qatl ‘amd)

Pembunuhan sengaja ialah apabila seseorang itu dengan sengaja dan dengan niat untuk mematikan seseorang hidup yang tidak halal dibunuh dengan menggunakan alat, bahan atau cara yang kebiasaannya boleh membunuh. Pembunuhan sengaja ini berlaku apabila memenuhi syarat berikut:
a.     Tertuduh itu orang mukallaf, iaitu dewasa dan siuman.
b.    Orang yang dibunuh itu adalah manusia yang masih hidup dan tidak halal darahnya.
c.     Alat, bahan atau cara yang digunakan itu kebiasaannya boleh membunuh
d.    Pembunuhan itu dilakukan dengan sengaja
e.     Kematian mangsa itu adalah akibat dari tindakan tertuduh.

Setelah memenuhi syarat di atas seseorang itu boleh didakwa, dan jika dia didapati bersalah, hukuman qisas boleh dikenakan ke atasnya. Hakim seterusnya akan menyerahkan hak qisas kepada wali kepada si mati. Wali mempunyai pilihan iaitu samada melaksanakan qisas, menerima diyat atau memaafkannya.

2.         Pembunuhan  serupa sengaja (qatl syibhu amd)

Imam Syafie mentakrifkan pembunuhan serupa sengaja ini sebagai ‘pembunuhan yang berlaku dengan pukulan yang disengajakan, tetapi tersalah pada kesan pembunuhannya, iaitu pukulan itu tidak bertujuan untuk membunuh tetapi ia menyebabkan kematian. Imam Abu Hanifah pula mentakrifkan pembunuhan serupa sengaja sebagai ‘pembunuhan yang menggunakan selain dari besi tajam, buluh atau api atau yang seumpamanya. Pembunuhan dengan tongkat, batu kecil atau besar dan menenggelamkan dalam air adalah pembunuhan serupa sengaja.[4] Kedua-dua takrif ini berasaskan pendekatan berbeza. Takrif pertama melihat kepada niat pembunuh sementara takrif kedua menekankan soal alat yang digunakan untuk pembunuh. Takrif pertama lebih baik kerana ia lebih luas dan turut mencakupi takrif yang dibuat oleh Imam Abu Hanifah. Ini kerana alat pembunuhan yang digunakan menunjukkan niat pembunuh itu.

Hukuman bagi pembunuhan serupa sengaja ini telah disebut di dalam satu Hadith iaitu Rasulullah s.a.w. bersabda:

      Terjemahan: Ketahuilah bahawa pembunuhan serupa sengaja dengan cemeti, tongkat atau batu padanya diat berat iaitu seratus ekor unta dan 40 ekor daripadanya adalah unta betina yang berumur dari enam hingga sembilan tahun, semuanya sedang bunting.

3.         Pembunuhan tidak sengaja (qatl khata’)

Pembunuhan tidak sengaja adalah perbuatan yang menyebabkan kematian tetapi tidak dilakukan dengan niat membunuh. Hukumannya adalah diyat sebanyak seratus ekor unta. Hukuman diyat ini berasaskan firman Allah:

      Terjemahan: Sesiapa yang membunuh orang beriman dengan tidak sengaja maka dia perlu membebaskan seorang hamba dan membayar diyat kepada keluarga si mati kecuali jika mereka (keluarga si mati) memaafkannya.

Kesalahan mencederakan anggota badan


Kesalahan mencederakan adalah tindakan yang melukakan, mencacatkan, atau menyakitkan ke atas anggota atau mana-mana bahagian badan. Ia juga dibahagikan kepada kecederaan dengan niat dan kecederaan tidak sengaja. Hukuman bagi kecerderaan adalah seperti berikut:

a.     Qisas iaitu hukuman kecederaan ke atas anggota yang dicederakan. Hukuman ini dikenakan ke atas anggota yang mempunyai sendi-sendi dan dapat dipastikan persamaannya seperti jari-jari tangan dan kaki, mata, telinga, hidung, tangan, kaki, kemaluan lelaki dan gigi. Bagi anggota lain, hukumannya diganti dengan diat kerana sukar untuk dipastikan persamaannya.[5] Hukuman qisas ini dijatuhi ke atas kecederaan secara sengaja.
b.    Diyat iaitu hukuman gantirugi atau denda yang dikenakan sebagai gantirugi ke atas anggota badan yang dipotong atau dilukakan oleh penjenayah. Diat dikenakan jika pesalah melakukan kesalahan kecederaan tidak sengaja atau jika hukuman qisas tidak dapat dijalankan dengan sebab-sebab tertentu seperti penjenayah sememangnya cacat, atau mangsa telah memaafkannya dari pelaksanaan qisas. Kadar diyat ini ditetapkan berasaskan anggota yang dicederakan contohnya 100 ekor unta bagi anggota yang tunggal sepert lidah, kemaluan lelaki, 50 ekor unta pula didenda bagi anggota kembar seperti telinga dan seterusnya. Kadar diyat juga boleh dikira berasaskan fungsi anggota tersebut seperti 100 ekor unta untuk kehilangan fungsi pendengaran dari kedua-dua telinga, dan kehilangan fungsi menghidu dan seterusnya. Diyat juga boleh dilihat dari sudut kadar luka umpamanya luka yang mengena daging setelah kulit (al-badhi’ah) diyatnya 3 ekor unta, luka yang masuk dalam daging (al-mutalahimah) diyatnya 4 ekor unta, luka yang mematahkan tulang (al-hasyimah) diyatnya 10 ekor unta dan seterusnya.

Tegasnya hukuman qisas dalam kes pembunuhan dan kecederaan menunjukkan keadilan Islam iaitu memberikan hukuman setimpal dan sama dengan kesalahan yang dilakukan. Hukuman ini akan menjadikan penjenayah akan lebih takut untuk melakukan jenayah, baik jenayah pembunuhan atau kecederaan. Qisas tertakluk kepada hak mangsa kecederaan atau wali si mati kerana fitrah manusia yang inginkan sesuatu kejahatan yang dilakukan ke atas diri seseorang atau keluarganya dibalas dengan seadilnya. Cara ini dapat mengelakkan dari berlakukan permusuhan dan pertentangan berlarutan akibat dari jenayah yang berlaku. Hukuman diyat pula membuktikan betapa Islam mengutamakan hubungan kemanusiaan sesama anggota masyarakat. Sikap bermaaf-maafan adalah satu perkara yang amat di alu-alukan bagi memadam dendam yang berpanjangan.


6.7.2       Hudud

Hudud dari segi bahasa bermaksud sempadan, had, halangan atau sekatan. Dari sudut istilah pula bermaksud hukuman yang tidak boleh dipinda yang ditetapkan oleh Allah dalam Al-Quran dan Sunnah. Hudud dianggap sebagai hak Allah, dan hukumannya tidak boleh diubah, dipinda, ditambah atau dikurangkan oleh badan perundangan, pemerintah atau hakim.

Terdapat enam kesalahan hudud yang disepakati oleh semua ulama, iaitu:
a.     Zina
b.    Qazaf (Menuduh seseorang melakukan zina tanpa saksi)
c.     Mencuri
d.    Hirabah (rompakan)
e.     Minum arak
f.     Murtad

Kesalahan lain yang tidak disepakati oleh para ulama adalah pemberontakan (al-baghyu), liwat, hubungan sex dengan haiwan, sihir, lari dari medan perang, dan beberapa kesalahan lagi.

1.         Zina

Zina adalah persetubuhan antara seorang lelaki dengan seorang wanita yang bukan pasangan suami isteri. Zina adalah perbuatan keji yang diharamkan. Semua persetubuhan di luar perkahwinan adalah zina kecuali dalam kes wat’i syubhah iaitu persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang perempuan yang disangka adalah isterinya yang sah sedangkan perempuan tersebut adalah orang lain. Wat’i syubhah juga berlaku apabila dia bersetubuh yang seorang perempuan kerana perkahwinan yang disangkakan sah sedangkan perkahwinan itu adalah tidak sah.

Sesuatu kesalahan zina boleh disabitkan melalui cara iqrar atau pengakuan penzina sendiri seperti yang berlaku dalam kes Ma’iz bin Malik dan kes pengakuan zina oleh al-Ghamidiyah pada zaman Rasulullah dan kes pengakuan zina anak kedua Sayyidina Umar bernama Ubaidillah atau Abi Shamhah, ketika dia menjadi Khalifah. Menurut Abdul Rahman I. Doi, kebanyakan hukuman hudud yang dijalankan pada zaman Rasulullah dan empat Khulafa al-Rasyidin dijatuhi berasaskan kepada iqrar atau pengakuan.

Selain dari itu zina juga boleh disabitkan melalui kesaksian empat orang saksi lelaki Muslim serta mukallaf dan adil. Saksi itu juga menyaksikan kejadian zina iaitu kemaluan lelaki masuk ke dalam kemaluan perempuan secara jelas serta mereka perlu  memberikan kesaksian menggunakan perkataan yang terus-terang bukan kiasan atau sindiran.

Hukuman zina adalah berbeza mengikut status penzina. Penzina yang sudah berkahwin secara sah dan telah menikmati persetubuhan dalam perkahwinan itu dikenali sebagai ‘muhsan’. Penzina yang belum berkahwin atau sudah berkahwin tetapi belum merasai nikmat persetubuhan dalam perkahwinan itu, pesalah itu dikenali sebagai ghairu muhsan atau bukan muhsan. Hukuman mereka adalah seperti berikut:

a.     Bagi penzina bukan muhsan hukumnya adalah sebat sebanyak seratus kali sebatan. Hukuman bagi wanita yang mengandung ditangguhkan sehingga tempoh penyusuan amat. Hukuman  bagi penzina yang sakit ditangguhkan sehingga dia sembuh. Rotan yang digunakan tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil iaitu lebih kurang satu meter panjang dan satu sentimeter garis pusat. Sebatan dibuat pada merata-rata tubuh kecuali muka, kepala, dada dan kemaluan. Sebatan mesti dilakukan secara sederhana iaitu pegawai yang menjalankan hukuman tidak boleh mengangkat rotan itu tinggi hingga ke paras kepalanya. Pesalah dihukum dengan memakai pakaian yang nipis menutup aurat. Jika semasa sebatan dilakukan, pesalah itu didapati tidak mampu menerima sebatan, maka atas pengesahan pegawai perubatan, sebatan itu perlu ditangguhkan sehingga pesalah itu sembuh kembali. Bagi hukuman yang sabit dengan iqrar atau pengakuan, pesalah boleh menarik balik iqrarnya ketika hukuman dijalankan.

Hukuman ini adalah ketetapan Allah berasaskan firmanNya:

Terjemahan: Penzina wanita dan penzina lelaki hendaklah disebat dengan seratus kali sebatan dan janganlah perasaan belas kepada kedua-duanya menghalang kamu dalam menegakkan agama Allah, jika sekiranya kamu beriman dengan Allah  dan hari akhirat.[6]

b.    Bagi penzina muhsan, hukumannya adalah rejam dengan batu yang sederhana besar sehingga mati. Hukuman dilakukan secara terbuka  dan disaksikan oleh orang-orang Islam. Hukuman bagi wanita yang mengandung dan orang sakit juga ditangguhkan seperti dalam kes penzina bukan muhsan. Pesalah dikenakan pakaian yang menutup aurat. Bagi pesalah yang sabit kerana iqrar, mereka boleh menarik balik iqrar ketika hukuman berjalan.

Hukuman rejam ini adalah ketetapan Allah seperti yang termaktub di dalam Sunnah Nabi S.A.W. di antaranya:

1)Terjemahan: Dari Abi Hurairah r.a.: Seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w. ketika baginda sedang berada dalam masjid. Dia memanggil Nabi lalu berkata: Ya Rasulullah, saya telah berzina. Rasulullah tidak memandangnya, memalingkan diri daripadanya. Orang itu mengulangi kata-kata itu sehingga empat kali. Maka setelah ia mengaku sebanyak empat kali, Nabi memanggilnya dan berkata: Adakah awak gila? Dia menjawab: Tidak. Rasulullah bertanya: Adalah engkau muhsan? Dia menjawab: Ya. Maka Rasulullah besabda: Bawalah dia dan rejamkanlah dia, maka kami pun merejamnya.[7]

2)Terjemahan: Tidak halal darah seorang muslim kecuali karana salah satu dari tiga perkara: kafir sesudah beriman, berzina sesudah ihsan (muhsan), membunuh nyawa bukan kerana nyawa (qisas)

Hukuman zina hanya dikenakan jika ia dilakukan secara sukarela. Jika ia dilakukan secara paksa atau dirogol maka ia dikecualikan dari hukuman. Islam mengharamkan zina dan mengenakan hukuman keras ke atas pelakunya kerana zina adalah perbuatan yang sangat jijik yang boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan dan moral masyarakat.

2.         Qazaf

Qazaf bermaksud membuat tuduhan zina terhadap seorang Islam yang akil baligh dan dikenali sebagai seorang yang bersih dari perbuatan zina tanpa dibuktikan dengan empat orang saksi. Qazaf boleh berlaku dengan membuat kenyataan secara jelas seperti mengatakan seseorang itu telah berzina, atau dengan cara tersirat seperti menyatakan bahawa seseorang itu bukan anak atau bukan bapa kepada seseorang yang tertentu.

Orang yang melakukan qazaf disebat dengan 80 kali sebatan kecuali jika dia dapat membawa 4 orang saksi yang dapat mensabitkan kesalahan orang yang dikatakan berzina tadi dengan kesalahan zina. Hukuman ini berasaskan kepada kepentingan kehormatan dan maruah di kalangan masyarakat. Ia juga untuk memastikan tidak ada sebarang tuduhan zina yang dibuat tanpa asas yang kukuh, kerana tuduhan zina itu suatu yang amat memalukan dan boleh memporak-perandakan keharmonian keluarga.

Hukuman hudud ke atas pesalah qazaf adalah satu ketetapan Allah berasaskan firmanNya:

      Terjemahan: Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang muhsanat(baik) dan kemudian mereka gagal membawa empat orang saksi, maka sebatlah mereka dengan lapan puluh sebatan…[8]

3.         Mencuri

Mencuri atau sariqah ditakrifkan sebagai memindahkan dengan cara bersembunyi harta alih daripada jagaan atau milikan tuannya tanpa persetujuan tuannya dan perbuatan itu dilakukan dengan niat untuk menghilangkan harta itu daripada jagaan atau milikan tuannya. Kecurian apak berlaku apabila memenuhi syarat-syarat berikut:
  1. Nilai harta yang dicuri itu mencukupi nisab iaitu ¼ dinar emas (9.36 gram emas) atau tiga dirham perak.
  2. Harta itu adalah bernilai menurut syara’, jadi mencuri arak, dadah dan seumpamanya tidak dikenakan hukuman hudud.
  3. Harta yang disimpan itu berada di tempat yang sesuai iaitu pemiliknya mengambil langkah yang wajar untuk menjaga harta itu
  4. Tertuduh bukan pemilik penuh ke atas harta itu
  5. Kesalahan itu tidak dilakukan dalam keadaan amat mendesak, seperti perang, kebuluran, penyakit dan bencana lam
  6. Pencuri itu bukan keluarga pemilik barang
  7. Tuan punya harta tidak menafikan tentang kecurian itu walau pun pesalah mengakuainya

Hukuman bagi kesalahan mencuri adalah potong tangan kanan iaitu di bahagian pergelangan tangan pada sendi yang menyambungkan tapak tangan dengan lengan. Bagi kesalahan kedua, dikenakan hukuman potong kaki kiri dipergelangan buku lali iaitu di bahagian tengah kaki, manakala tumit kaki masih boleh digunakan untuk berdiri atau berjalan. Hukuman ini berasaskan firman Allah:

Terjemahan: Pencuri lelaki dan pencuri wanita, maka hendaklah dipotong tangan kedua-duanya sebagai balasan atas apa yang mereka lakukan dan sebagai pengajaran yang dapat mencegah dari Allah, sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.[9]

4.         Hirabah

Hirabah adalah perbuatan merampas harta orang lain dengan kekerasan atau ugutan oleh seseorang atau kumpulan yang bersenjata atau alat yang boleh digunakan sebagai senjata. Rompakan adalah satu jenayah yang besar dan bahaya. Oleh itu hukuman yang dikenakan ke atas mereka mestilah berat dan keras. Berbeza dengan pemberontakan, jenayah hirabah ini tidak dilakukan untuk tujuan politik tetapi semata-mata untuk merampas harta dan merosakkan keamanan negara. Hukuman hirabah ini berasaskan firman Allah:

Terjemahan: Sesungguhnya balasan orang-orang yang yang memerangi Allah dan Rasulnya dan berbuat kerosakan di atas muka bumi ini adalah agar mereka dibunuh ataudisalib atau dipotong tangan dan kaki mereka secara bersilangatau dibuang negeri…

Berdasarkan ayat ini, terdapat percanggahan pendapat ulama berkaitan dengan hukuman kesalahan hirabah. Al-Quran menyebut tiga bentuk hukuman iaitu: hukuman mati, hukuman salib, hukuman potong tangan serta kaki secara bersilang dan buang negeri. Kebanyakan ulama menghuraikan hukuman hirabah seperti berikut:

a.     dihukum bunuh dan selepas itu disalibkan jika mangsa jenayah itu dibunuh dan hartanya atau harta orang lain diambil
b.    dihukum bunuh sahaja jika mangsa jenayah itu dibunuh dengan tiada sebarang harta diambil
c.     dihukum potong tangan kanan dan kaki kiri, jika harta diambil tanpa  menyebabkan kematian atau kecederaan mangsa
d.    hukuman buang negeri bagi pesalah yang hanya mengganggu lalu-lintas sahaja

5.         Syurb atau Meminum arak

Syurb di sini membawa maksud meminum arak atau sebarang minuman yang memabukkan. Arak adalah ibu segala kejahatan dan ia boleh mendorong kepada jenayah-jenayah lain. Hukuman bagi peminum arak adalah sebatan sebanyak 40 kali. Ada ulama yang menetapkan sebatan sebanyak 80 kali. Kedua-dua pendapat ini berasaskan hadith berikut:

Terjemahan: Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a. bahawa seorang peminum arak telah dibawa ke hadapan Rasulullah s.a.w. maka baginda memukulnya dengan pelepah tamar sebanyak 40 kali. Kata Anas: begitulah juga dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar. Apabila zaman Khalifa Umar, beliau bermesyuarat bersama para sahabat lalu Abdul Rahman bin Auf berkata bahawa, sekurang-kurangnya hukum hudud itu adalah 80 kali sebatan. Lalu Umar mengarahkan hukuman 80 kali sebatan.[10]

Hukuman hudud ini dikenakan kalau peminum itu meminumnya dengan sengaja dan mengetahui minuman tersebut adalah arak. Tiada bukti yang menunjukkan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam menetapkan alat-alat tertentu untuk menyebat peminum arak. Kadang-kadang baginda menyebat dengan selipar, kadang-kadang dengan pelepah tamar, kadang-kadang dengan rotan dan kadang-kadang dengan tangan dan selipar.[11] Kaedah merotan dengan alat yang berbeza-beza ini menunjukkan betapa hukuman undang-undang Islam tidaklah bersifat kasar dan keras seperti yang didakwa. Ia jauh berbeza dengan cara sebatan yang digunakan dalam sistem hukuman yang diperkenalkan oleh undang-undang Barat. Fakta ini menunjukkan bahawa tujuan terpenting hukuman ini adalah untuk mendidik dan memberi peringatan kepada pesalah tadi, bukan untuk menyeksa dan menyakitkannya. Apa yang penting undang-undang Islam boleh menimbulkan rasa gerun kepada rakyat agar tidak melakukan sebarang jenayah.

6.         Riddah

Riddah atau irtidad adalah kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Islam yang mukallaf dengan membatalkan Islam dan imannya iaitu keluar dari agama Islam samada dengan perkataan, atau perbuatan. Orang yang keluar dari agama itu disebut sebagai murtad. Jenayah adalah satu kesalahan yang besar terhadap agama, kerana ia menunjukkan satu penghinaan terhadap agama dan kepada Allah.

Hukuman bagi kesalahan riddah adalah dibunuh sehingga mati setelah diberi peluang bertaubat selama beberapa hari. Hukum ini berdasarkan beberapa dalil antaranya:

1) Terjemahan Hadith: Dari Ibn Abbas r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia[12]

2) Terjemahan Hadith: Dari Ibn Mas’ud r.a, bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Tidak halal darah seorang muslim kecuali dalam salah satu dari tiga perkara: kafir sesudah beriman, berzina sesudah muhsan dan membunuh jiwa tanpa jiwa.[13]

3) Terjemahan Hadith: Dari Abu Burdah bahawa Mu’az bin Jabal datang menemui Abu Musa Al-Asya’ai di Yaman, didapati ada seorang lelaki di sebelahnya. Mu’az bertanya: Apa ini? Abu Musa menjawab: (Dia) seorang Yahudi memeluk Islam kemudiannya dia kembali menjadi Yahudi, dan kami menghendaki dia kembali kepada Islam semenjak- perawi berkata: aku kira – dua bulan. Kata Mu’az: Demi Allah aku tidak akan duduk sebelum, kamu penggal lehernya, lalu orang itu pun dipenggal lehernya. Mu’az berkata: Allah dan RasulNya memutuskan bahawa sesiapa yang murtad dari agamanya hendaklah kamu membunuhnya, atau baginda bersabda: Sesiapa yang menukar agamanya hendaklah kamu membunuhnya.[14]


6.7.3       Ta’azir

Ta’zir adalah hukuman yang tertakluk kepada budi bicara pemerintah, badan perundangan atau hakim kerana hukuman bagi kesalahan ini tidak disebut di dalam al-Quran atau Sunnah. Skop kesalahan ta’zir adalah luas kerana semua bentuk kesalahan yang tidak tertakluk kepada hukuman qisas dan hukuman hudud adalah tertakluk kepada hukuman ta’zir. Bentuk hukuman adalah berbagai-bagai dan tertakluk kepada budi bicara pemerintah, badan perundangan atau hakim.

Ta’zir terbahagi kepada dua iaitu:

  1. Kesalahan yang termasuk dalam kategori kesalahan hudud tetapi hukuman hudud  tidak dapat dilaksanakan kerana ia tidak memenuhi syarat pelaksanaannya. Syeikul Islam Ibnu Taimiyyah menyebut: Maksiat-maksiat yang tidak dikenakan hukuman had yang tertentu dan tidak pula dikenakan kifarat adalah termasuk dalam ta’zir seperti orang yang mencium lelaki atau wanita ajnabi, bercumbu-cumbuan, atau mencuri barang yang tidak diletakkan di tempat yang wajar, atau barang yang dicuri tidak cukup nisab.
  2. Kesalahan yang selain dari kategori kesalahan hudud dan qisas. Ia meliputi semua bentuk kesalahan samada kesalahan itu disebut dalam al-Quran dan Hadith atau tidak. Ia juga mencakupi kesalahan terhadap hak Allah, terhadap hak manusia atau hak kedua-duanya.

Sebahagian dari kesalahan ta’zir disebut dalam al-Quran dan Sunnah, tetapi hukumannya tidak dinyatakan. Al-Quran ada menyebut beberapa kesalahan tanpa menyebut hukumannya. Contohnya kesalahan memakan makanan haram seperti bangkai, darah, daging babi dan daging yang tidak disembelih secara sah[15], tidak menunaikan amanah atau melanggar kontrak serta tidak menjatuhkan hukuman dengan adil[16], mengkhianati harta anak yatim[17], menipu dalam sukatan atau timbangan[18], mengenakan dan memakan riba[19], menyembunyikan keterangan atau bukti[20], membuat fitnah, menghina atau memburukkan nama seseorang[21], melakukan rasuah[22], berjudi dan menilik nasib[23] dan banyak lagi.

Sementara hukuman ta’zir bagi kesalahan yang tidak terdapat dalam al-Quran atau Sunnah adalah lebih luas kerana semua bentuk pelanggaran undang-undang yang dikuatkuasakan untuk maslahah umum boleh dihukum secara taazir. Perkembangan hidup manusia yang semakin kompleks menuntut agar pemerintah Islam sentiasa peka dengan keperluan undang-undang untuk menjamin keharmonian dan kebahagiaan rakyat. Semua kesalahan seperti yang melibatkan kesalahan lalu lintas, jenayah siber, jenayah bio-teknologi, jenayah perdagangan, kesalahan yang melibatkan tempat awam, kesalahan yang melibatkan alam sekitar dan hidupan liar dan banyak lagi adalah termasuk di dalam kesalahan ta’zir.

Jenis-jenis hukuman ta’zir adalah tidak terhad kerana ia bergantung kepada maslahah, bahkan pemerintah, badan perundangan atau hakim boleh mengenakan apa sahaja hukum dengan syarat ia setimpal dengan kesalahan dan menepati maslahah umum. Dalam sejarah Islam terdapat beberapa hukuman yang pelik yang dilakukan oleh pemerintah dan hakim. Contohnya Sayyidina Umar pernah menghitamkan muka orang yang membuat kesaksian palsu dan orang itu dinaikkan atas binatang tunggangan secara tebalik. Walau bagaimanapun, hukuman yang biasa dijatuhi adalah seperti berikut:

  1. Mencela iaitu kepada orang yang melakukan tindakan yang tidak sopan. Abu Zar pernah mengaibkan seseorang, lantas Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya engkau ini masih ada pada mu (saki-baki) Jahiliyyah”.[24]
  2. Membuat pengisytiharan kepada orang ramai
  3. Mengasingkan pesalah dari masyarakat seperti hukuman Rasulullah ke atas Kaab bin Malik, Murarah bin al-Rabi’ dan Hilal bin Umayyah al-Wafiqi yang tidak menyertai peperangan Tabuk.
  4. Amaran atau ancaman
  5. Tahanan atau penjara
  6. Pukulan dengan rotan
  7. Merampas harta benda
  8. Denda dengan wang atau harta
  9. Buang negeri
  10. Pemusnahan barang-barang
  11. Hukuman mati
  12. Hukuman bakar
  13. Memecat jawatan

6.8  Perbezaan dengan undang-undang jenayah sivil

Undang-undang jenayah Islam mempunyai kelebihan tersendiri berbanding undang-undang jenayah sivil yang kebanyakannya datang dari negara Barat. Di Malaysia umpamanya undang-undang jenayah kebanyakannya diperuntukkan di dalam Kanun Keseksaan (Akta 574) yang diceduk dari Kanun Keseksaan India. Kanun Keseksaan India ini adalah sebenarnya berasal dari kaedah-kaedah perundangan Common Law England yang dikumpulkan dan ditulis dalam bentuk akta atau Kanun. Selain Kanun Keseksaan, undang-undang jenayah juga terdapat dalam akta-akta tertentu seperti Akta Dadah Berbahaya, Akta Kastam 1967, Akta Pencegahan Rasuah 1997, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1957, Akta Rahsia Rasmi 1983 dan lain-lain. Sementara prosedur jenayah pula diperuntukkan dalam Kanun Prosedur Jenayah (NMB. Bab 6), Akta Keterangan dan akta-akta berkaitan mahkamah.

Oleh kerana sumber kedua-dua undang-undang ini adalah berbeza maka terdapat beberapa perbezaan di antara undang-undang jenayah Islam dan undang-undang jenayah sivil. Antara perbezaan di antara undang-undang jenayah Islam dan undang-undang jenayah sivil adalah:

  1. Undang-undang Islam adalah dari Allah sedangkan undang-undang sivil adalah ciptaan manusia. Allah yang memiliki segala sifat kesempurnaan tentunya membuat undang-undang yang terbaik dan paling sesuai untuk manusia. Bahkan manusia ini adalah ciptaan Allah, maka Allah tentu Maha Mengetahui apakah undang-undang jenayah yang sesuai dengan fitrah manusia. Undang-undang ciptaan manusia terdedah dengan seribu satu kelemahan kerana ilmu dan kebolehan manusia adalah terhad. Tambahan pula manusia sentiasa terpengaruh dengan keadaan persekitaran, latar belakang keluarga, pendidikan, dorongan nafsu dan hasutan syaitan. Kerana itulah undang-undang manusia sentasa berubah umpamanya dahulu homoseksual dianggap sebagai satu jenayah, tetapi hari ini ia tidak lagi dianggap satu kesalahan, bahkan ia diangkat sebagai satu amalan yang sah melalui perkahwinan seperti yang diamalkan di negara-negara tertentu.

  1. Undang-undang jenayah Islam tidak terpisah dengan aspek aqidah iaitu keimanan kepada perkara ghaib. Beriman dengan kebenaran dan kehebatan undang-undang jenayah Islam adalah wajib kerana ia termaktub di dalam al-Quran dan Sunnah. Demikian juga undang-undang Islam tidak memisahkan soal pembalasan di dunia dengan pembalasan di akhirat. Unsur kepatuhan kepada Allah, konsep pembalasan di akhirat, serta konsep dosa dan pahala mendorong rakyat menjauhi jenayah. Ini kerana mereka bukan sahaja takut kepada hukuman di dunia bahkan mereka lebih takut hukuman di akhirat yang lebih dahsyat dan lebih lama. Oleh yang demikian mereka akan mengelakkan diri dari melakukan jenayah dengan bersungguh-sungguh walau pun jenayah itu boleh dilakukan di luar pengetahuan penguatkuasa undang-undang. Secara tidak langsung ia dapat mengurangkan kadar jenayah. Begitu juga bagi yang terlanjur melakukan jenayah, mereka akan lebih bersedia untuk tampil menyerahkan diri mereka untuk dihukum dengan undang-undang Islam demi untuk mengelakkan hukuman di akhirat. Inilah yang berlaku pada zaman Rasulullah, dan Khulafa’ al-Rasyidin. Berbeza dengan undang-undang sivil yang langsung tidak ada hubungan dengan iman atau aqidah. Keberkesanan undang-undang sivi bergantung sepenuhnya kepada kekerasan undang-undang, penguatkuasaan dan pengawalan pemerintah.

  1. Ruang lingkup jenayah atau kesalahan dalam Islam adalah lebih luas iaitu mencakupi kesalahan yang bersabit hak Allah, hak manusia serta hak Allah bersama-sama hak manusia. Ini bermakna ia meliputi berbagai bentuk kesalahan seperti yang berkaitan dengan kepercayaan atau keimanan, umpamanya hukuman ke atas mereka yang murtad. Undang-undang Islam juga menyentuh hukuman ke atas kesalahan berkaitan ibadat seperti mereka yang meninggalkan solat, solat Jumaat, puasa pada bulan Ramadhan dan haji. Undang-undang jenayah Islam juga amat menitik beratkan soal akhlak seperti hukuman kepada mereka yang berzina, berkhalwat, berjudi dan minum arak. Berbeza dengan hukuman jenayah sivil yang tidak menganggap sesetengah jenayah seperti murtad, zina, meninggalkan solat, minum arak dan judi sebagai satu jenayah. Ini kerana soal unsur-unsur iman, ibadat dan akhlak tidak menjadi perkiraan yang penting bagi penggubal undang-undang ini.

  1.  Undang-undang jenayah Islam mengutamakan aspek pencegahan melalui kaedah yang unik dan amat menarik. Contohnya hukuman yang terdapat di dalam undang-undang Islam seperti sebat dan rejam bagi penzina dilihat sebagai berat dan menggerunkan oleh sesetengah pihak. Ini menjadikan rakyat takut untuk melakukan jenayah zina. Sedangkan pensabitannya adalah sukar kerana syarat-syarat untuk mensabitkan hukuman adalah amat ketat. Umpamanya ia memerlukan empat saksi leleki yang tidak fasik yang melihat secara jelas apa yang berlaku. Ini menjadikan jumlah sebenar yang dikenakan hukuman yang dianggap berat ini adalah sedikit. Jika zina tidak dapat dibuktikan, mereka mungkin dikenakan hukuman ta’zir yang lebih ringan. Bahkah pada zaman Rasulullah s.a.w. dan Khulafa al-Rasyidin, hukuman hudud seperti zina kebanyakannya disabitkan melalui iqrar atau pengakuan bukan melalui empat orang saksi kesaksian. Begitu juga dalam Islam terdapat hukum yang berbentuk pencegahan umpamanya pengharaman berdua-duaan bagi lelaki dan wanita ajnabi bertujuan untuk mengelakkan zina, pengharaman arak untuk mengelakkan jenayah yang lebih besar seperti membunuh dan lain-lain. Konsep pencegahan begini tidak diambil berat oleh undang-undang jenayah sivil, kerana ia lebih menumpukan kepada kepada aspek menghukum dan membalas.

  1. Undang-undang jenayah Islam tidak dapat dipisahkan dari konsep menyeru kepada kebaikan dan mencegah perbuatan munkar (al-amr bil makruf wa al nahyi anil munkar). Konsep ini banyak membantu mengurangkan jenayah. Islam bukan sahaja mengarahkan kejahatan diperangi bahkan menyeru agar kebaikan disebarluaskan. Mereka yang biasa dengan amalan kebaikan dan ibadat akan terhindar dari melakukan kemunkaran dan jenayah. Umpannya ibadat solat yang disebut oleh Allah sebagai ibadat yang dapat mencegah munkar. Ibadah puasa pula disebut oleh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam sebagai amalan yang dapat mengekang hawa nafsu syahwat. Begitu juga dengan amalan makruf yang lain. Konsep al-amr bil makruf wa al nahyi anil munkar ini mengajak seluruh rakyat terutamanya umat Islam untuk bersama-sama membenteras jenayah. Bahkan, mereka juga dibenarkan untuk membuat tangkapan jika mempunyai asas kukuh. Kewujudan Badan Hisbah selaku badan rasmi yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk melaksanakan konsep al-amr bil makruf wa al nahyi anil munkar ini juga dapat membantu mengurangkan jenayah. Dengan cara ini para penjenayah akan lebih berhati-hati dalam segala tindakan mereka. Konsep ini tidak ada dalam undang-undang jenayah sivil. Pihak penguatkuasa seperti polis biasanya akan hanya mengambil tindakan selepas terdapat laporan berkaitan jenayah dibuat.

  1. Undang-undang jenayah Islam amat berhati-hati dalam soal mensabitkan seseorang dengan hukuman jenayah. Umpamanya dalam kes hudud, pensabitannya adalah amat berat. Contohnya, bagi kes kecurian, harta yang dicuri itu mesti disimpan ditempat yang sesuai, dan tidak berlaku masalah yang mendesak seperti perang, kebuluran dan mala petaka. Begitu juga dalam kes zina yang disabitkan dengan iqrar atu kesaksian oleh emapat lelaki yang melihat kejadian secara jelas ibarat melihat timba masuk ke dalam perigi. Jika gagal membawa empat saksi, orang yang yang membuat tuduhan itu pula akan didakwa melakukan kesalahan qazaf. Syarat saksi dalam undang-undang Islam pula amat ketat. Seseorang saksi mestilah adil iaitu tidak fasik. Terdapat proses penapisan saksi yang disebut sebagai ‘tazkiyah al-syuhud’. Jika didapati saksi itu pernah melakukan dosa besar selalu melakukan kejahatan mempunyai akhlak yang keji, maka kesaksiannya boleh dipertikai. Dalam undang-undang jenayah sivil, soal akhlak dan perangai saksi tidak diambil kira dalam menentukan kesahihan keterangannya.

  1. Undang-undang jenayah Islam tidak membenarkan pemerintah menahan seseorang tanpa dibawa kemuka pengadilan dan didakwa menurut prosedur yang sah. Islam menjunjung tinggi konsep bahawa ‘pada asalnya seseorang itu tidak bersalah’ (al-aslu bara’ah al-zimmah). Tahanan tanpa bicara dianggap satu kezaliman dalam Islam walau dengan apa alasan sekali pun. Jika seseorang itu dikatakan melakukan jenayah, maka perkara jenayah itu perlu dibuktikan oleh pendakwa di hadapan hakim di mahkamah. Beban bukti terletak pada pendakwa. Jika tiada bukti bahawa tertuduh itu melakukan jenayah, maka tertuduh itu perlu dilepaskan dan dia bebas dari tuduhan itu. Dalam undang-undang jenayah sivi, terdapat peruntukan yang membenarkan tahanan tanpa bicara yang disebut sebagai tahanan pencegahan atau preventive detention. Contohnya Akta Keselamatan Dalam Negeri membenarkan seseorang yang disyakki menjejaskan keselamatan awam ditahan selama 60 hari tanpa bicara untuk siasatan. Seseorang yang pada pendapat Menteri Dalam Negeri boleh menjejaskan keselamatan awam pula boleh ditahan selama dua tahun. Mereka boleh ditahan tanpa dibicara di mana-mana tribunal atau mahkamah.

  1. Undang-undang Islam memperuntukkan pelbagai bentuk hukuman yang mempunyai kesan yang mendalam. Bagi hukuman hudud terdapat hukuman rejam sampai mati, sebatan, hukuman mati, potong tangan. Potong kaki, salib, dan buang negeri. Bagi kesalahan qisas, terdapat hukuman qisas iaitu balasan yang sama dengan jenayah iaitu nyawa dengan nyawa, mata dengan mata, telinga dengan telinga dan seterusnya, serta hukuman diyat iaitu gantirugi dengan kadar yang berbeza. Hukuman takzir pula amat luas dan boleh dikenakan mengikut maslahah, keperluan dan kebijaksanaan pemerintah, badan perundangan serta hakim. Sementara dalam undang-undang sivil, hukumannya yang utama hanyalah hukuman mati, penjara, sebat dan denda. Walau pun terdapat hukuman lain seperi jaminan perkelakuan baik, gantirugi, dan arahan untuk remaja, hukuman yang utama adalah hukuman mati, penjara, denda dan rotan. Di antara keempat-empat hukuman ini pula hukuman yang paling banyak adalah hukuman penjara. Boleh dikatakan hampir semua bentuk kesalahan jenayah boleh dihukum dengan hukuman penjara. Kesalahan-kesalahan utama dan berat seperti membunuh, rogol, menculik, merompak dan seumpamanya boleh dihukum dengan hukuman penjara. Begitu juga dengan kesalahan kecil seperti kesalahan lalu-lintas, kesalahan berkaitan pihak berkuasa tempatan dan sebagainya.  Sedangkan penjara boleh membawa kepada berbagai keburukan seperti ia boleh menjadi tempat latihan jenayah di samping pusat pengedaran dadah dan perbuatan tidak bermoral. Penjara juga menyebabkan isteri, anak-anak dan keluarga terpaksa menanggung malu dan beban ekonomi akibat dari kesalahan penjenayah. Mereka yang keluar dari penjara biasanya disisihkan oleh masyarakat dan ada yang kembali melakukan jenayah.

  1. Perbezaan terakhir iailah dari sudut keberkatan. Keberkatan adalah satu perkara yang tidak dapat dilihat oleh pancaindera tetapi ia terbukti melalui janji Allah dan Rasulnya serta peristiwa yang berlaku. Allah menjamin keberkatan dengan pelaksanaan hukum Islam termasuk undang-undang jenayah. Pelaksanaan undang-undang Islam pasti dapat mengurangkan kadar jenayah dan mewujudkan keharmonian di kalangan masyarakat. Berbeza dengan undang-undang sivil ciptaan manusia yang dianggap bertentangan dengan undang-undang Islam. Ia gagal menimbulkan rasa takut dan gerun walau pun hukuman yang dikenakan adalah berat. Umpamanya hukuman mati mandatori bagi kesalahan mengedar dadah tidak berjaya mengurangkan jenayah berkenaan. Begitu juga dengan kesalahan jenayah yang lain.


6.9        Pelaksanaan undang-undang jenayah Islam

Undang-undang jenayah Islam adalah undang-undang yang sesuai untuk semua masyarakat pada semua zaman. Ia juga undang-undang undang-undang yang sesuai dengan fitrah kejadian manusia. Apa yang lebih penting undang-undang jenayah Islam wajib diamalkan oleh mereka yang beriman. Antara dalil yang menunjukkan kewajipan tersebut adalah ayat-ayat Al-Quran berikut:

1)Dan hendaklah kamu berhukum antara manusia dengan hukum yang diturunkan oleh Allah dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kamu, dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka kalau-kalau mereka menggelincirkan kamu daripada sebahagian dari apa yang telah Allah turunkan kepadamu. [25]

2)Sesungguhnya kami telah turunkan kepada kamu (ya Muhammad s.a.w.) akan kitab (al-Quran) dengan sebenarnya supaya kamu menghukum manusia dengan apa yang telah dinyatakan oleh Allah maka janganlah kamu menjadi pembela kepada orang-orang yang khianat.[26]

Terdapat banyak lagi ayat al-Quran dan Sunnah yang menunjukkan kewajipan pelaksanaan undang-undang jenayah Islam iaitu qisas, hudud dan ta’zir ini. Hukum ini berkekalan sampai hari kiamat. Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, Khulafa al-Rasyidin dan para khalifah berikutnya melaksanakan undang-undang ini, sehinggalah jatuhnya kerajaan atau khilafah Islam. Malah kerajaan empayar Melaka dan negeri-negeri lain juga pernah melaksanakan undang-undang jenayah Islam ini. Tiada siapa yang berhak memansuhkan hukuman ini. Ada yang mengatakan Sayyidina Umar pernah memansuhkan hukuman potong tangan ke atas pencuri pada tahun kelaparan. Dakwaan ini adalah satu fitnah yang besar ke atas sahabat yang dijamin syurga ini. Apa yang berlaku ialah pencuri tidak dihukum kerana tiada keterangan yang mencukupi untuk disabitkan bersalah.[27] Hadith-hadith yang mengatakan Sayyidina Umar menangguhkan pelaksanaan hukum potong tangan bagi pencuri pada tahun kelaparan adalah hadis daif.[28]

Ada yang mengatakan pelaksanaan hukum jenayah Islam perlu ditangguhkan untuk mengelakkan tekanan ekonomi akibat ketiadaan pelabur asing. Alasan ini tidak berasas kerana pelaksanaan hukum Islam dibuat secara adil mengikut kehendak Allah. Hasil dari pelaksanaan hukum Islam negara akan menjadi aman dan tenteram serta jenayah dapat dikurangkan pada tahap yang sangat minimum. Perkembangan ini tentunya akan menambahkan lagi tarikan pelabur untuk melabur di dalam negara pengamal undang-undang jenayah Islam ini. Tambahan pula pelabur yang datang tidak perlu takut kerana mereka datang bukan untuk melakukan jenayah tetapi untuk menanam modal.

Terdapat juga pihak yang ingin mengelakkan dari pelaksanaan undang-undang jenayah Islam dengan alasan bahawa keadaan rakyat yang belum menghayati Islam sepenuhnya serta banyaknya perkara munkar, menjadikan undang-undang Islam tidak sesuai untuk dilaksanakan. Pelaksanaan undang-undang Islam tidak tertakluk kepada syarat bahawa semua rakyat telah menghayati Islam terlebih dahulu. Pelaksanaan undang-undang jenayah Islam adalah bertujuan untuk menghapuskan atau mengurangkan kadar jenayah. Ia sesuai dilaksanakan dalam semua keadaan. Undang-undang jenayah yang ada pada hari ini terbukti gagal untuk menghapuskan jenayah. Fakta menunjukkan bahawa purata kadar peningkatan jenayah di Malaysia bermula dari tahun 1994-1998 telah menjangkau sebanyak 9.5% setahun sebagaimana yang dilaporkan oleh Polis DiRaja Malaysia. Keadaan ini jauh berbeza dengan kadar pertumbuhan penduduk Malaysia sekitar 2.53% sahaja sebagaimana yang dilaporkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Jika perkembangan ini dibiarkan berterusan, keselamatan rakyat dan keamanan negara semakin lama semakin terancam.  Bagi mengatasi masalah ini, undang-undang jenayah Islam perlu kembali dikuatkuasakan sebagaimana yang pernah diamalkan oleh Empayar Melaka dan negeri-negeri Melayu. Sepatutnya situasi rakyat yang tidak menghayati Islam sepenuhnya dan banyaknya munkar menjadi faktor pendorong untuk menguatkuasakan undang-undang jenayah Islam, bukannya faktor untuk tidak melaksanakannya seperti yang didakwa oleh sesetengan pihak. Jika kita ingin menunggu seluruh masyarakat menjadi ‘baik’ semuanya tanpa pelaksanaan undang-undang jenayah Islam, sehingga kiamat pun kita tidak akan berjaya. Ini kerana undang-undang jenayah Islam adalah pelengkap kepada proses islah atau tajdid iaitu proses untuk merubah masyarakat ke arah kebaikan. Usaha pendidikan, pembangunan institusi keluarga, pembangunan sosial dan dakwah tidak akan berjaya sepenuhnya tanpa penguatkuasaan undang-undang jenayah Islam seperti yang dikehendaki oleh Allah s.w.t.

Di samping itu, terdapat juga suara-suara yang mengatakan bahawa undang-undang jenayah Islam tidak dapat dikuatkuasakan kerana rakyat masih jahil dengan undang-undang tersebut. Islam sebenarnya tidak mensyaratkan semua rakyat memahami sesuatu undang-undang sebelum pelaksanaannya. Bahkan dalam mana-mana sistem perundangan dalam dunia tidak terdapat Parlimen atau Badan Perundangan yang mensyaratkan kefahaman rakyat sebelum sesuatu undang-undang diluluskan. Di Malaysia sahaja terdapat lebih kurang 600 akta dan beribu-ribu undang-undang kecil serta bermacam-macam peraturan. Tidak ramai rakyat memahami kesemua undang-undang tersebut. Parlimen tetap meluluskan semua undang-undang walau pun ia belum difahami sepenuhnya oleh rakyat. Undang-undang jenayah Islam seperti hudud, qisas dan ta’zir sebenarnya undang-undang yang sedia diketahui oleh rakyat terutamanya umat Islam kerana ia terdapat di dalam Al-Quran dan Hadith yang menjadi bacaan harian umat Islam. Ia juga diajar di masjid-masjid dan surau-surau. Terdapat banyak buku dalam pelbagai bahasa yang menghuraikan tentang hukum jenayah Islam ini. Jika ada yang belum memahaminya sekali pun ia boleh diketahui dan difahami dengan mudah. Oleh yang demikian tiada sebab umat Islam menolak pelaksanaan undang-undang jenayah Islam kerana alasan kejahilan masyarakat.

Undang-undang jenayah Islam ini sesuai untuk semua masyarakat. Namun begitu ada yang menyatakan undang-undang ini tidak sesuai dijalankan di sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum. Sebenarnya ini bukan satu alasan yang kukuh kerana kerajaan Islam yang dipimpin oleh Rasulullah di Madinah juga adalah masyarakat berbilang kaum dan agama yang turut didiami oleh orang Yahudi di samping umat Islam. Al-Qurtubi menjelaskan bahawa terdapat perbezaan pendapat ulama berkaitan kedudukan pelaksanaan undang-undang jenayah Islam ke atas bukan Islam. Sebahagian ulama seperti Imam Malik dan al-Syafie berpendapat bahawa mereka diberi pilihan samada mahu dihukum dengan hukum jenayah Islam atau tidak.[29] Jika pandangan ini diambil, tidak timbul soal masyarakat berbilang kaum dan agama sebagai penghalang kepada pelaksanaan undang-undang jenayah Islam. Jika mereka tidak mahu memilih undang-undang jenayah Islam mereka boleh diadili dan dihukum mengikut undang-undang yang sedia ada seperti Kanun Keseksaan.

Tegasnya undang-undang jenayah Islam adalah undang-undang yang dikurniakan kepada manusia sebagai rahmat dari Allah. Undang-undang ini sesuai dengan naluri manusia yang begitu kompleks dan sukar dijangkakan. Pelaksanaan undang-undang Islam akan membawa kejayaan bukan sahaja di dunia bahkan juga kejayaan di akhirat.


[1] Al-Mawardi, Al-Ahkam al-Sutaniyyah, ms.192
[2] Anwarullah, Criminal Law of Islam, A.S.Noordeen, Kuala Lumpur, 1997, ms.3-4
[3] Surah al-Baqarah:178-179
[4] Abdul Ghani Azmi b. Idris, Mengenal Qanun Jenayah Islam, Al-Hidayah Publisher, Kuala Lumpur, 1997, ms. 187
[5] Abdul Ghani Azmi b. Idris, Mengenal Qanun Jenayah Islam, ms. 194
[6] Surah an-Nur: 2
[7] Hadith Muttafaq ‘alaihi
[8] Surah al-Nur:4
[9] Surah al-Ma ‘idah: 38
[10] Muttafaq ‘alaihi
[11] Abdul Ghani Azmi b. Idris, Mengenal Qanun Jenayah Islam, ms. 56
[12] Riwayat Bukhari dan Abu Dawud
[13] Hadith Muttafaq ‘alaihi
[14] Riwayat Ahmad
[15] Surah al-Baqarah:173
[16] Surah al-Nisa’:58
[17] Surah al-Nisa’:2
[18] Surah al-Mutaffifin: 3
[19] Surah al-Baqarah:275
[20] Surah al-Hajj: 30
[21] Surah al-Hujurat: 11
[22] Surah al-Baqarah:188
[23] Surah al-Ma’idah: 90
[24] Maksud hadith riwayat al-Bukhari
[25] Surah al-Maidah:29
[26] Surah al-Nisa’:105
[27] Abdul Ghani Azmi b. Idris, Mengenal Qanun Jenayah Islam, ms. 263
[28] Abdul Ghani Azmi b. Idris, Mengenal Qanun Jenayah Islam, ms. 264
[29] Al-Qurtubi, Tafsir al-Qurtubi, Bab 6, ms. 184